Tips Pemilihan Warna Kasut Yang Sesuai Dengan Pakaian Bagi Lelaki

pexels-photo-842811
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Hai semua. Harini admin nak share tips untuk kaum lelaki supaya tampil lebih kacak dan macho gitu. Sesetengah orang, dia tidak berani untuk bermain dengan warna. Contohnya mereka hanya akan memakai kasut yang berwarna hitam dengan baju yang berwarna putih. Ini kerana warna hitam merupakan warna selamat yang boleh dipakai dengan warna-warna yang lain. Tak kira lah warna kuning ke merah ke hijau ke, warna hitam sahaja yang boleh matching dengan semua warna. Tapi ada kalanya mesti kita juga bosan kan? Setiap hari asyik pakai warna sama je. Mesti isteri dan makwe korang dah bosan tengok warna yang korang selalu pakai. Apa kata sekali sekala kita cuba ubah warna kasut untuk tampil berbeza dari biasa.

Jadi harini, admin nak share cara pemilihan warna kasut yang sesuai dengan warna pakaian anda.

kasut online

Kasut berwarna MERAH

Tak semua orang akan berani memakai pakaian atau kasut yang berwarna merah. Sebenarnya warna merah ini melambangkan kekuatan dan keberanian. Warna merah juga menampakkan kita lebih berkeyakinan dan juga bertenaga. Kasut yang berwarna merah sesuai dipakai dengan pakaian yang berwarna hitam dan juga putih. Ini dapat menaikkan lagi warna kasut anda.

red shoes

Kasut Berwarna Oren

Kasut berwarna oren juga jarang orang berani pakai kan? Kalau korang nak tahu, warna oren ini membawa keceriaan pada penampilan anda. Tapi mestilah memakai pakaian dengan padanan warna kasut yang betul. Kalau pakai dengan warna yang tidak secocok, nanti dari keceriaan boleh membawa kemurungan. Hehe , Kasut berwarna oren ini sesuai dipakai dengan pakaian yang berwarna biru. Bukan semua biru boleh padan dengan warna oren ye. Warna biru muda pilihan yang paling tepat untuk padanan kasut anda yang berwarna oren.

oren shoes

Kasut Berwarna Kuning

Warna kuning ini dapat menonjolkan personaliti anda. Kasut yang berwarna kuning ini juga boleh dipadankan dengan semua pakaian yang berwarna biru. Tidak kisah sama ada warna biru muda, biru tua dan kasut berwarna kuning ini juga sesuai dipakai dengan pakaian yang berwarna hijau muda ataupun “army green”.  Tak salah untuk mencuba memakai kasut yang berwarna kuning. Anda akan Nampak lebih menarik dan luar biasa dari orang lain.

355_1

Kasut Berwarna Hijau 

Kalau kita ada kasut berwarna hijau, pastikan kita memilih warna pakaian kita yang bersesuaian. Warna hijau tidak boleh dipadankan dengan warna merah. Sebab nanti anda akan nampak seperti pokok krismas. Jadi untuk mengelakkan anda kelihatan seperti pokok krismas, anda boleh padankan kasut warna hijau anda dengan pakaian yang berwarna oren panas atau warna coklat ataupun warna yang lebih kepada neutral seperti gambar di bawah ini.

ab944564fd3b85be11f94afcc4101fbe

Kasut Berwarna Coklat

Warna coklat biasanya dianggap warna gelap dan sesuai dengan apa sahaja warna yang anda pakai. Tapi bosan kan kalau kita asyik guna warna yang sama. Warna coklat ini sesuai dipakai untuk ke majlis makan malam dan sebagainya. Tapi kalau kasut anda warna coklat gelap, lebih elok jika anda padankan dengan warna pakaian yang lebih light atau neutral. Seperti putih, kelabu dan sebagainya. Jika kasut anda lebih kepada warna nude, anda boleh padankan dengan warna yang lebih gelap seperti merah dan hitam.

grey-hoodie-white-dress-shirt-olive-shorts-large-1675

 

Anda haruslah yakin dengan apa yang anda pakai sebab pakaian yang dipakai setiap hari melambangkan personaliti diri kita tau. Jangan pernah salah dalam menggayakan pakaian dan kasut yang anda. Pastikan apa yang anda pakai itu,sedap untu mata memandang. Isteri pun semakin sayang kalau dah pandai bergaya. Taktahu mana nak cari kasut yang berwarna untuk tampil lebih kacak? Jum follow instagram dan facebook kasoot untuk melihat kasut-kasut yang cantik dan menarik.

kasut online

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Farah di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

 

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *