Tips Pemilihan Kasut Ketika Hamil

pregnant-nature-mom
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Kaki adalah anggota yang penting dalam tubuh badan kita. Kasut yang baik dapat membantu kita untuk bergerak dengan lebih selesa. Harini admin nak share tips pemilihan kasut yang sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

Kasut yang selesa dapat meringankan beban ibu mengandung yang berbadan dua. Sekiranya, mereka memakai kasut yang tidak selesa dan tidak sesuai ini boleh menyebabkan kecederaan kepada si pemakai dan mempunyai risiko yang tinggi dan juga boleh merosakkan tulang belakang anda.

pexels-photo-105775

Kaki akan mengembang semasa sedang hamil. Jadi kasut yang biasa dipakai haruslah ditukar kerana saiz nya tidak sama seperti kaki sebelum anda hamil ye.

kim-kardashian-pregnancy-fat-11

pexels-photo-326583

Pilih kasut yang mempunyai tapak yang lembut. Kalau tapak kasut kita lembut, kaki kita akan berasa selesa dan mampu bertahan lebih lama jadi bolehlah anda semua berjalan satu shopping mall tanpa merisaukan sakit pada kaki. Kalau anda memilih untuk memakai tapak yang lebih keras, kaki anda tidak mampu betahan lama dan akan menambah beban pada kaki anda.

pexels-photo-270968

Pilihlah kasut yang tidak mempunyai tapak yang licin atau tapak yang anti licin. Ini amat penting untuk ibu mengandung . Untuk mengelakkan anda dari jatuh ,Terutamanya kasut yang dipakai ke shopping mall dan sebagainya. Semua mesti taknak terjatuh kan? Jadi pilih lah kasut yang anti licin. Seperti Converse, Nike dan lain-lain.

pexels-photo

Tapak kasut yang rata membantu anda untuk berdiri dengan lebih selesa dan stabil. Ini juga dapat mengelakkan anda dari jatuh. Jangan sesekali memakai kasut tinggi kerana kasut tinggi tapaknya tidak stabil dan boleh mendatangkan bahaya pada anda dan juga kaki anda. Tahan diri dulu dari pakai kasut tinggi okay.

download (3)

Kasut yang selesa dipakai boleh membuatkan diri anda gembira untuk berjalan. Kasut yang selesa disini bermaksud kasut tersebut tidak ketat dan mempunyai lebar yang sesuai untuk kaki anda yang sedang mengembang.

pregnant-tummies-heart-in-anticipation-of-the-60646

Kepada semua ibu-ibu yang sedang hamil, admin nak ucapkan tahniah dan jangan lupa jaga diri anda serta kaki anda okay. Kalau anda tak jumpa kasut yang selesa anda boleh tengok instagram atau facebook kami untuk memilih kasut yang selesa untuk dipakai ketika hamil atau anda boleh dapatkan nasihat dari crew kami.

kasut online

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Farah di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *