Tips Kekalkan Kasut Putih Seperti Putih Telur

216H
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

115655fkgg3kqtndveackm

Selalu nya orang mesti risau nak beli kasut putih kan? Warna putih melambang kan kesucian tapi kalau kita tak jaga betul-betul ia akan cepat kotor. Betul tak? Sama macam kasut yang berwarna putih ini. kalau kita guna setiap hari mesti akan cepat kotor. Admin pun jarang guna kasut warna putih sebab admin lasak nanti cepat kotor kasut putih , tapi lepas guna tip yang admin nak share ini, kalau boleh hari – hari admin nak pakai kasut putih. Warna putih ini menampakkan kita kacak dan juga bergaya tetapi masih simple dan elegan. Siapa tak nak kan?

Admin nak share macam mana tips nak kekalkan kasut kita kekal putih.

Sabun dan Air soap

Untuk lebih mujarab, boleh gunakan sabun mandi jenis ketul ataupun omak kita panggil sabun buku. Sabun yang jenis ringan boleh memutihkan kasut anda. Caranya dengan rendam kasut putih yang dah kotor dengan air panas, dan parut kan sedikit sabun mandi anda ke dalam air tersebut. Selepas beberapa minit, gunakan span lembab untuk hilangkan kekotoran pada kasut.

Baking soda dan cuka masak

Baking_Soda-tile-610x355

Baking soda bukan sahaja menjadi serbuk penaik pada makanan tetapi ia juga dapat memutihkan kasut anda. Tak percaya? Ambil sesudu baking soda campur kan sedikit dengan cuka, tapi jangan banyak sangat ya sebab nanti bancuhan baking soda ini akan terlalu lembik. Cuka yang digunakan dapat menghalang daripada pembiakan kulat dan bakteria serta menghindar daripada kasut berbau. Gunakan berus gigi yang dah tak digunakan untuk mencuci kotoran pada kasut ye.

Ubat gigi

132447sfmp4ounppusnk6n

Ubat gigi bukan sahaja boleh putih kan gigi kita, tapi juga boleh digunakan untuk memutihkan kasut yang kotor. Caranya sangat mudah. Kita cuma perlu calitkan sedikit ubat gigi tersebut pada berus gigi dan gosok kan di tempat yang kotor tapi pastikan kasut anda kering ya. Sekiranya kasut anda terkena lumpur, pastikan anda membuang kotoran lumpur tersebut selepas anda biarkan kasut anda kering.

 

kasut onlinePemadam

5af6b32b-afca-44e8-a610-128724b7758b
Siapa yang ada anak yang masih bersekolah boleh pinjam pemadam anak sekejap untuk cuci kasut anda 😀 Menggunakan pemadam untuk hilangkan kekotoran pada kasut dapat menjimatkan kos dan mudah untuk dapat. Gosok kan pemadam pada kasut anda dan anda boleh lihat kesannya! cara ini paling mudah. anda boleh lakukan nya sambil menonton tv.

 

Elakkan cuci lumpur ketika kasut basah

5c4219eb-c158-4e0d-af22-6a96f9fde2fa

Pastikan kasut  kering dahulu, baru kita boleh buang kan kotoran yang ada pada kasut. Gunakan teknik-teknik yang mudah dan simple seperti di atas. Kalau dah guna semua teknik masih kotor juga, boleh beli kasut baru anda di Kasoot.my.

 

Sekiranya anda menjemur kasut putih anda pastikan anda menggunakan tisu untuk membalut kasut putih anda. Tisu dapat mengelakkan daripada kasut anda terkena cahaya matahari yang  menyebabkan kasut anda menjadi kekuningan.

 

Lepasni boleh lah anda semua  mencuba memakai kasut putih sebab dah ada cara yang mudah untuk menghilang kan kotoran yang ada pada kasut kesayangan korang! jangan lupa sentiasa tengok website Kasoot.my untuk dapatkan info yang menarik tentang kasut. stay tuned!

 

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Farah di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *