Tips Basuh Stokin Dengan Betul

Stinky shoes and socks
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Lama sudah rasanya admin tak kongsikan tips-tips yang menjadi panduan untuk kita semua. Jadi, harini admin nak kongsikan tips bagaimana untuk membasuh stokin kaki dengan betul supaya tidak cepat koyak dan rapuh. Biasanya kita akan terus masukkan sahaja ke dalam mesin basuh sebab senang :p

download (14)

 

Stokin membantu dalam penjagaan kaki. Stokin juga membantu menyerap peluh kaki dan mengelakkan kecedaraan terus pada kaki. Tidak semua orang tahu cara nak membasuh stokin. Jadi mari kita sama – sama baca artikel ini dan praktikkan nya di rumah.

clothes-brush

Jangan guna berus baju

Sekiranya anda menggunakan berus baju, anda hanya akan merosakkan stokin kaki anda kerana berus baju itu kasar dan keras. Kain yang digunakan unutk stokin tidak sama dengan kualiti kain baju anda. Jadi, elakkan menggunakan berus baju untuk mencuci stokin anda.

116_1

Gunakan air yang sejuk

Sewaktu basuh stokin jangan gunakan air yang panas. Seeloknya guna la air yang sejuk, kerana ini membantu mengelakkan dari getahnya hilang elastik. Sekiranya anda menggunakan air panas, stokin anda akan mula mengembang dan juga longgar.

Как-отбелить-белые-носки-в-домашних-условиях

Jangan jemur terus di bawah cahaya matahari

Kalau basuh pun tidak boleh guna apa lagi kalau kita jemur stokin di bawah pancaran matahari. Ini kerana boleh merosakkan fabrik kain stokin anda. Jemur la stokin anda ditempat yang teduh dan berangin. Proses ini akan mengambil masa yang agak lama untuk mengeringkan stokin namun membantu dalam memberi ketahanan pada stokin anda supaya tidak cepat rapuh atau koyak.

SocksorSlippers

Gunakan stoking yang sesuai dengan aktiviti anda

Untuk mengelakkan dari kerosakan stokin dengan cepat, anda seharusnya memakai stokin mengikut kesesuaian aktiviti yang dilakukan. Lihat artikel sebelum ini, untuk lebih tahu tentang pemilihan stokin dengan aktiviti yang dilakukan.

Tapi sekiranya stokin anda sudah berlubang, tidak perlu lagi disimpan. Beli sahaja lah yang baru. Hihi.Semoga kita berjumpa di artikel seterusnya.

kasut online

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Fa di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

 

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *