Rezeki Si Penconteng Kasut

esbevans
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Rezeki itu ada dimana – mana sahaja. Tetapi kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki. Harini admin nak kongsi cerita dengan semua pembaca setia blog kasoot.my tentang si penconteng kasut. Dia merupakan seorang yang cacat pendengaran dan juga bisu namun masih berusaha untuk menjadikan conteng kasut ini sebagai kerjaya. Anda pula bagaimana?

download (6)

Afifah Abd Rasi berumur 26 tahun merupakan seorang yang mempunyai idea kreatif untuk menconteng kasut sebagai corak. Mulanya, dia hanya menjadikan menconteng kasut ini sebagai hobi tetapi kehidupannya berubah semenjak bakatnya ini dipandang tinggi oleh salah satu syarkat iaitu Amaze Creative Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan perniagaan yang berasaskan lukisan tangan.

01-1-940x470

kredit foto : the rakyat post

Apa yang menariknya, kita boleh membuat tempahan mengikut corak kegemaran kita sendiri dan Afifah akan melakarkannya di atas kasut tersebut. Kasut bercorak ini amat disukai oleh perempuan dan juga kanak-kanak.

Cat yang digunakan untuk melukis di atas kasut ini tidak akan luntur sekiranya direndam di dalam air. Hebat bukan? Siapa yang taknak kasut nya mempunyai corak-corak yang cantik dan juga luar biasa.

download (7)

Kasut yang dilukis oleh Afifah kini sudah berada di pasaran termasuk juga shopping complex. Antaranya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Midvalley Megamall dan juga Sunway Pyramid. Tetapi apa yang specialnya, kasut ini juga boleh ditempah melalui online. Jadi kita hanya boleh memesan dari rumah sahaja.

Setiap orang yang dilahirkan pasti ada kelebihannya. Walaupun Afifah merupakan seorang insan yang kurang upaya tetapi dia tetap terus bersemangat dan sentiasa berusaha dalam apa yang dia lakukan. Dan lihat, sekarang dia sudah pun mempunyai kerjaya dan juga pendapatan yang tetap. Jangan mudah putus asa ye! Stay tuned!

kasut online

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Farah di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

 

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *