Penjagaan Kasut Yang Mudah Dan Murah

kasut2
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Tak semua orang tahu cara nak simpan kasut ataupun menjaga kasut supaya tahan lama. Kita mesti taknak tengok kasut yang kita suka pakai itu cepat rosak dan sebagainya. Tapi kita taktahu cara nak menjaga kasut.

Jum kita tengok cara penjagaan kasut yang mudah dan paling penting sekali murah!

kasut online

Elakkan kasut basah

Sekiranya kasut anda basah terkena air, pastikan anda mengeringkan dahulu kasut anda. Taktahu cara untuk keringkan? Caranya anda boleh jemur dahulu kasut yang basah atau anda basuh dahulu dan buang segala kekotoran yang ada pada kasut. Biarkan kasut kering pada suhu bilik. Elakkan dari mengguna tenaga haba yang kuat kerana ini membuatkan kasut akan menjadi longgar serta kekuningan.

Glassagh_-_Shoes_hanging_on_power_wires_-_geograph.org.uk_-_1179417

Simpan di dalam kotak kasut

Kasut yang tidak digunakan atau yang telah digunakan boleh disimpan di dalam kotak kasut. Tapi untuk mengelakkan dari kasut berbau, anda boleh letakkan surat khabar ke dalam kasut kemudian simpan di dalam kotak. Cara ini juga  boleh mengelakkan dari kasut berselerak dan sebagainya.

OCC Stories in Titanyen 1

Elakkan pakai stoking yang sama

Tukarlah stoking anda pada setiap hari. ini membantu untuk mengelakkan dari berlaku bau yang tidak didingini. Sekiranya kaki anda jenis yang berpeluh gunakan lah stoking yang sesuai dengan kaki anda. jangan lupa basuh stoking yang dah berpeluh tu okay!

tenor

Pilih kasut yang berjenama

Admin tidak kata kasut yang tidak berjenama itu tidak elok. Sekiranya anda pandai jaga, okay saja! Tapi kasut yang berjenama ini biasanya memang boleh tahan lama dan ambil masa yang lama untuk rosak. Sebab produk yang berjenama mempunyai cara penghasilan yang berbeza dari kasut yang tidak berjenama. Membuatlah pilihan dengan bijak :p

images (8)

Surat khabar

Macam yang admin seutkan sebentar tadi. Letakkan surat khabar ke dalam kasut anda. Surat khabar bukan sahaja boleh menghalang dari kasut anda berbau malah surat khabar mampu mengekalkan bentuk kasut dan boleh membuatkan kasut itu tahan lebih lama.

giphy

Tak perlu bersusah payah membeli peralatan yang mahal untuk menjaga kasut. Gunakan sahaja peralatan yang sudah tersedia ada dirumah. Mudah bukan? J

Mungkin setiap orang mempunyai cara yang berlainan. Kalau ada yang ingin kongsikan tips anda boleh lah pm kami dengan segera. Mana tahu sambil share tips tu admin boleh bagi harga promosi 😛

 

SELAMAT MENCUBA GUYS!

kasut online

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Fa di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *