Pemilihan kasut yang salah punca anda gagal temuduga?

442_1
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Pernahkah korang terfikir kasut ialah punca korang gagal sewaktu temuduga? Kasut merupakan salah satu aset yang melambangkkan personaliti anda. Mesti ada yang ikut suka je pakai kasut apa sahaja yang dia rasa selesa untuk ke temuduga. Betul?

Sebenarnya untuk temuduga anda juga harus menitikberatkan tentang pemilihan kasut yang anda akan pakai sebab penemuduga akan melihat personaliti anda dari hujung rambut hingga ke kaki tau. Jadi jangan ambil remeh tentang perkara ini.

Harini admin nak bagitahu pemilihan kasut yang SALAH untuk ke temuduga

SNEAKERS

Sneakers ini memang selesa dipakai tetapi untuk pergi interview tu admin rasa tidak sesuai. Kerana sneakers ini lebih kepada gaya casual dan juga santai. Dan sesuai dipakai untuk ke shopping mall atau bercuti. pexels

SELIPAR

Selipar? It’s a big no ye! Jangan pernah sesekali pakai selipar untuk interview. Nanti tak sempat dia interview terus dia halau. Selipar ini hanya sesuai dipakai untuk berjalan santai sahaja ye. Ingat tu.

download (4)

KASUT TUMIT TINGGI

Ini peringatan untuk perempuan ye, jangan pakai kasut tumit tinggi sehingga 7 inci ye. Anda nak pergi ke tempat temuduga bukannya fashion show ye. Pastikan kasut anda mempunyai tumit yang sesuai, dalam setengah inci atau nak lebih selesa anda boleh pakai flat shoes.

pexels-photo-116150

KASUT YANG KOTOR ATAU ROSAK

Jangan pakai kasut yang kotor atau yang dah koyak. Pastikan anda membasuh dahulu kasut yang anda mahu pakai untuk hari temuduga tersebut. Pastikan bersih, tidak terkoyak atau dah berbau busuk ye. Kalau kotor atau busuk, akan menyebabkan penemu duga tersebut tidak selesa dengan kehadiran anda.

2222301764_491bbfa7e9_b

Dah banyak kali pergi temuduga lepastu gagal? Jangan pernah kecewa dan jangan berputus asa okay. Rezeki ada dimana-mana. Insyaallah. Tapi pastikan pemilihan pakaian dan kasut yang sesuai okay. Ni penting tau. Jangan memandang remeh tentang gaya pemakaian anda untuk ke temuduga. Goodluck! ☺

kasut online

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Farah di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *