Nak Beli Kasut Sukan? Wajib Tahu 2 Perkara Ini

kasut
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Adakah anda kenal perbezaan antara running shoes dan training shoes? Orang ramai kebanyakannya kurang arif memahami fungsi dua kasut ini kerana ianya dilihat hampir sama. Kesilapan memilih jenis kasut boleh mengundang kecederaan yang serius pada pemakai. Jangan risau kami disini bantu anda menegenali kasut 🙂

kasut2

RUNNING SHOES

Running shoes direka mengikut keselesaan kaki, Ianya memiliki impak kusyen yang direka khas untuk mengelakkan kesakitan pada kaki dan juga mampu menyerap kejutan secara menyeluruh pada kaki.

kasut3

Kasut ini ringan dan tapaknya lebih mencengkam dan fleksibel, tetapi perlu diingat yang running shoes tidak sesuai dipakai sebagai training shoes seperti di GYM kerana strukturnya yang lebih fleksibel kurang memberi kestabilan ketika melakukan senaman setempat .

Bagi mereka yang ingin mencari running shoes , pastikan anda bertanya dulu pada penjual samada kasut ini adalah running atau training shoes, fungsinya obviously adalah tidak sama, anda juga boleh memeriksanya di bahagian display kasut , kebiasaanya reseller di kedai sukan akan klasifikasikan kumpulan kasut mengikut jenis kasut. Paling secure tanya pada penjual mereka lebih arif 🙂

banner-animation

Sebenarnya fungsi kasut tetap sama, iaitu melindungi kaki dari kecederaan. Semua jenis kasut memang dicipta khas untuk menghalang kaki dari melecet dan untuk lebih rasa comfortable. Running Shoes lebih ringan supaya mudah dipakai ketika berlari. Bentuk tapak kaki kasut lebih halus di hujungnya agar tidak membataskan halaju semasa larian, in penting untuk menyokong otot dan memberi keseimbangan pada kaki semasa melakukan pecutan.

banner-animation

Umumnya kasut jenis ini mempunyai sistem ventilasi terbaik untuk menggalakkan pengudaraan serta struktur tapak yang berupaya menyerap hentakan. Jadi tidak hairanlah kita rasa lebih selesa dan berkeyakinan semasa memakai kasut jenis ini kerana mampu mengelakkan kaki dari kecederaan yang serius. Kita bersukan untuk menyihatkan badan , bukan untuk mengundang penyakit kan:)

 

TRAINING SHOES

Training  shoes kerapkali  kita  dengar  digunakan oleh  para  atlit,  dan  ahli sukan  yang  mahir. Kasut jenis ini dicipta sesuai dengan setiap jenis sukan. Misalnya sukan futsal, badminton, bola keranjang dan bermacam jenis sukan, kasut ini direka khas sesuai dengan fungsinya. Jadi golongan ini memang sudah mahir dan pandai memilih kasut apa yang sesuai untuk sukan masing-masing. Bagi anda yang belum mahir mengenai jenis kasut sukan yang dipakai, anda mesti mengetahui serba sedikit mengenai training shoes.

kasut4

 

Training shoes dipakai lebih kerap semasa menjalani latihan ataupun indoor activity seperti di GYM, iainya tidak terlalu ringan berbanding running shoes, namun kasut ini tidak terlalu keras untuk dipakai

Kasut jenis ini mempunyai tapak yang lebih keras dari running shoes untuk membantu kestabilan ketika membuat senaman terutamanya di GYM. Tapaknya mempunyai cengkaman yang lebih kuat , dan lebih tahan lasak agar tidak cepat haus . Ini penting kerana setiap ahli sukan biasanya memerlukan latihan berulang-ulang, sudah tentu memerlukan kasut yang tahan lasak . Mereka juga kerap melakukan aktiviti fizikal , jadi training shoes memang cukup kebal demi menyokong kaki mereka semasa sesi latihan

Perkara yang tidak kurang pentingnya  semasa memilih kasut bagi yang mula bersukan iaitu pastikan ambil tahu jenis material yang bersesuaian dengan jenis latihan korang. Kalau sukan badminton, takkan nak pakai kasut sneakers pulak kan. Tak ke nampak pelik semacam.

banner-animation

Pastikan saiz kasut sama dengan saiz kaki, dan jangan pula pakai saiz kasut kecil , nanti sendiri yang sakit kaki. Lebar di hujung kasut sangat penting, kalau boleh biarlah cukup muat untuk ibu jari kaki agar tidak melecet, dan kita pun senang semasa melakukan latihan.

Anda tahu sesuatu?Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

SHARING IS CARING!

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat manfaat 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Zira di 012-9418249 untuk berbincang.

.

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *