Lelaki Wajib Ada 5 Jenis Kasut Ini

kasut-suit
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Lelaki zaman sekarang sudah mula menitik beratkan fesyen dan penjagaan diri termasuk mempunyai pelbagai jenis aksesori tambahan, pakaian, dan tidak lupa juga kasut merupakan aset penting sebelum melangkah ke luar rumah. Public Holiday atau hujung minggu semestinya hari yang ditunggu-tunggu semua orang. Inilah hari bersuka ria serta merehatkan fikiran.

Kasut adalah pelengkap kesempurnaan pada lelaki yang ingin menampilkan fesyen mereka. tidak mahu kalah dengan golongan wanita, lelaki sekarang lebih bijak bergaya ala-ala persis model Itali.

banner-animation

Di era moden ini lelaki seiring dengan wanita yang sukakan fesyen terkini, kasut yang direka khas sesuai dengan aktiviti sangat laris di pasaran. Kombinasi warna yang pelbagai, dihias bijak oleh pereka kasut disamping mengekalkan mutu dan kualiti kasut.

Bagi mereka yang mampu, letaklah berapa harga sekalipun, mereka tak kisah asalkan mereka minat jenama tesebut dan trend terkini, mesti sambar satu bawa balik rumah. Wow! awesome,

Tengoklah gambar dibawah, orang ramai berpusu-pusu nak dapatkan kasut Adidas Yeezy Boost 350 V2 di Kuala Lumpur, harga kasut ini beharga RM7K baru sahaja dilancarkan, dan kebanyakkanya yang menunggu adalah golongan lelaki!

kasut-kl

Terkejut? Inilah fenomena yang sedang berlaku di kalangan golongan lelaki yang minat dengan sneakers dan kasut yang trendy.Di sini kami akan kongsikan beberapa jenis kasut yang wajib dimiliki oleh lelaki di luar sana. Semoga dapat menambah informasi kita bersama dan para pembaca bolehlah share maklumat ini howkey ūüôā

SNEAKERS

Daripada remaja hinggalah dewasa, sneakers menjadi pilihan utama , kasut jenis ini adalah kasut yang evergreen sesuai dipakai semua peringkat umur sepanjang zaman!

Bunyinya agak melampau tetapi ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, rata-rata ramai lelaki yang sukakan kasut jenis sneakers. Gayanya memukau, serba ringkas , dan sangat sesuai untuk aktiviti outdoor ataupun bersiar-siar di bandar. Nampak stylo dan macho buat si pemakai, menjadi pilihan utama lelaki dalam banyak aktiviti.

kasut5

Lambakan jenama di pasaran memeriahkan lagi industri kasut sesuai dengan kehendak pasaran. Pilih saja  ikut kegemaran, asalkan hati puas dan kena pula pada tempatnya pasti berbaloi kasut yang dibeli. Pilihan warna yang ideal , jika pandai mengggayakannya dengan warna baju dan seluar akan menonjolkan lagi fesyen mereka. Antara jenama antarabangsa paling famous iaitu Adidas,Converse,Nike Air dan Vans, harganya agak mahal tetapi berkualiti tinggi dan tahan lasak . Tak sia-sia berhabis duit membeli kasut yang hot dan trendy ini, sangat padan digayakan bersama seluar jeans dan tshirts, sesuai juga digayakan degan seluar pendek dan tshirts casual!

kasut-sneakers2 kredit foto: chictopia.com

FORMAL/ DRESS SHOES

Secara lazim digunakan untuk acara formal dan juga golongan professional di pejabat . Kasut formal hitam berkilat dan bentuk melengkung menjadi kegemaran golongan pekerja sektor kerajaan dan swasta.  Ada dua bentuk, iaitu bentuk muncung tirus di hujung dan bentuk petak , di reka khas untuk mereka yang bekerja di office.

Kini trend terbaru tidak hanya pakaian formal semata-mata, malah seluar jeans pun sesuai di pakai bersama kemeja dan blazer¬†Nampak awesome ūüôā.

image

Kebanyakan Material formal shoes di perbuat daripada bahan kulit di pemukaan luar dan dalam. Oxfords, Monk Shoes, dan Derbies antara yang tergolong dalam kasut formal. Tetap menjadi pilihan utama terutamanya acara  rasmi, tak pernah lapuk di telan zaman. Sentiasa ada rekaan terbaru saban tahun demi menyaingi kasut lain.

banner-animationLOAFERS

Sekali pandang kasut jenis ini sangat ringkas. Lebih sesuai di pakai untuk acara harian. Gaya seakan mewah dengan warna menarik sudah tentu loafers mendapat peminat tersendiri.

Juga sesuai di pakai di pejabat kerana kasut jenis ini masih dalam kategori casual shoe. Ciri-ciri hampir sama dengan sneakers, namun ada kelainan tersendiri di kalangan pencinta kasut.

Untuk aktiviti di luar rumah, golongan lelaki lebih gemar menggayakannya bersama baju yang sesuai tanpa mencacatkan fesyen mereka.

loaferkredit foto : trendspotter.net

MOCCASINS

Antara kasut yang sangat unik berbanding yang lain, kerana mempunyai struktur yang lembut dan rata. Membuatkan pemakainya merasa nyaman dan selesa.

Di katakan sesuai untuk acara semi-kasual, membentuk cita rasa yang gah, membuatkan lelaki ada kelas tersendiri. Sangat menarik apabila di padankan dengan seluar pendek dengan baju tshirt beserta blazer.

Setakat ini kasut ini telah berjaya membuatkan hati admin jatuh cinta dengan moccasins. Kasut ini terdiri daripada dua jenis, iaitu di perbuat daripada material ringan dan lembut dan yang satu lagi di buat daripada bahan keras.

kasutkredit foto : berlin.com

Sport Shoes

Kasut sukan kebiasaanya di gunakan oleh atlet dan ahli sukan, juga merupakan antara kasut yang terpenting untuk lelaki bagi menjaga kesihatan dan kecergasan.

Kasut sukan berfungsi melindungi kaki daripada tercedera dan melecet di hujung jari kaki. Ciri ciri adalah tahan lasak, tapak tidak cepat haus, di reka khas untuk setiap jenis fungsi sukan.

Kasut ini kebanyakannya ada kusyen di dalam untuk memberi keselesaan pada kaki di samping sistem udara yang baik.Pastikan anda bijak memilih, bak kata pepatah, bijak membeli menang memakai.

kasut-sukan

Anda tahu sesuatu?Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

SHARING IS CARING!

Harap anda boleh tolong¬†Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat manfaat ūüôā

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Zira di 012-9418249 untuk berbincang.

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini ‚ÄúFit Your Feet‚ÄĚ ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *