Kasut Unik Dari Jepun

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Konnichiwa! Ogenkidesuka? Haaaa tengah garu kepala ke tu? Taktahu apa yang admin cakap tu? Admin ucap ‘Selamat tengah hari!’ Sihat?

Harini nak berangan pergi ke Jepun la. Jepun merupakan negara yang kaya dengan sumber dan juga hasil bumi. Negara Jepun terletak di antara lingkungan gunung berapi yang aktif di Asia Pasifik. Negara Jepun terkenal dengan negara matahari terbit. Indah bukan?

Negara Jepun mempunyai keistimewaan dari segi cuaca, budaya dan juga mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk kita lawati. Apa yang kita tahu bila cerita tentang budaya Jepun mestilah dari segi pakaian nya kan. Apa yang lebih menarik ialah tentang kasut tradisional nya yang merupakan variasi daripada sandal thong.

GETA

Geta ini dikenali sebagai sandal salji Jepun. Kerana sandal ini mempunyai gigi di tapak nya untuk memudahkan anda berjalan dengan kimono dan juga membolehkan anda berjalan di atas salji tanpa jatuh.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

ZORI

Zori adalah sandal thong yang diperbuat daripada kayu, kulit dan juga sutera. Kasut Zori ini merupakan sandal formal di negara jepun dan boleh dipakai ke majlis perkahwinan dan juga majlis-majlis formal yang lain.

textured_red_sandals3

OKOBO

Okobo merupakan sandal yang diperbuat daripada pokok willow dengan tali di atasnya. Okobo ini biasanya dipakai oleh Geisha di dalam latihan. Geisha merupakan seni atau artis persembahan yang memiliki kemahiran seni Jepun peringkat tinggi setaraf seperti seni kaligrafi, seni hias bunga dan penyediaan upacar minum teh.

017850_3

JIKATABI

Apa itu Jikatabi? Jikatabi ni merupakan but yang dipisahkan dengan ibu jari kaki. Kasut Jikatabi ini dipakai oleh pekerja-pekerja binaan, tukang kebun dan petani.

9a110dfcebfa24874c0910d6f39fb92f

Ini diantara keunikan dan keistimewaan budaya di negara Jepun. tapi kita di Malaysia juga ada keunikan budaya kita sendiri kan. Teruskan membaca artikel yang menarik di blog kasoot.my. Itterasahai! (semoga berjumpa lagi)

kasut online

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Farah di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *