Kasut busuk? Makwe tak lekat? Jum tengok petua hilangkan bau kasut

smelly
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Kasut berbau? Tak tahan dengan bau kasut sendiri? Makwe pun taknak dekat? Meh sini, admin nak share cara-cara nak hilangkan bau kasut.

Mana ada orang suka kasut yang busuk kan. Segan la nanti nak gi dating dengan makwe tapi kasut berbau sepanjang jalan kan. Banyak sebenarnya petua yang boleh kita gunakan untuk hilangkan bau kasut ni. Kasut wangi kaki pun wangi la kan. Jangan biarkan kasut tu berbau lama lama nanti semua orang pengsan 😀

Tahukah anda bakteria kan mula membiak sekiranya kaki kita berpeluh? Bakteria ini menyebabkan kaki kita berbau. Jadi untuk mengelakkan dari berlakunya pembiakan bakteria pada kaki kita, baiklah kita mencegah dari awal.

Petua untuk hilangkan bau kasut

  • Cara yang paling mudah dan murah. Dengan menggunakan surat khabar. Surat khabar ini bukan sahaja boleh mengeringkan kasut kita tapi juga boleh menghilangkan bau busuk pada kasut kita. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu mengumpalkan sahaja surat khabar ke dalam kasut anda dan biarkan semalaman. Insyaallah anda boleh lihat kesannya pada esok pagi.

how-to-dry-sneakers-running-shoes

  • Gunakan baking soda. Baking soda bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat kek tapi boleh juga digunakan untuk menghilangkan bau kasut. Gunakan sahaja baking soda yang sedia ada di rumah , ambil sesudu baking soda dan taburkan ke dalam kasut anda. Biarkan semalaman ya.

aid155423-v4-728px-Clean-Smelly-Sneakers-Step-2-Version-4

  • Lemon bukan sahaja sihat tetapi ada manfaatnya yang boleh kita gunakan. Lemon mempunyai asid yang dapat menghilangkan bau busuk. Anda cuma perlu belah sedikit lemon kemudian perahkan sedikit di dalam kasut anda dan tinggalkan kepingan lemon di dalam kasut anda.

3-shoe-odor

kasut online

  • Ini perkara yang paling penting, stoking yang anda gunakan haruslah ditukar setiap hari. Terutama pada mereka yang senang berpeluh. Anda perlu gunakan stoking jika tidak kaki anda akan mula berpeluh dan mengeluarkan bau-bau yang tidak menyenangkan. Gunakan lah stoking yang boleh memberi pengudaraan yang baik pada kaki anda dan yang sesuai dengan kasut yang digunakan.

22A81C6000000578-0-image-a-11_1463684448612

  • Elakkan dari menggunakan kasut yang basah. Sekiranya kasut anda basah terkena hujan atau air, pastikan anda menjemur terlebih dahulu sebelum memakai nya. Seelok-eloknya tukarlah kasut anda pada setiap hari. Jangan gunakan kasut yang sama setiap hari.

448969454a5b665edbc8024cd5d0dd21

  • Sekiranya anda tidak mahu guna lagi kasut yang berbau tu pastikan anda buka ikatan nya dan keluarkan ‘lidah’ kasut dan jemur di bawah cahaya matahari. Bila kasut sudah kering anda boleh mengangkatnya,  jemuran yang terlalu lama menyebabkan kasut anda menjadi kekuningan akibat terkena cahaya matahari.

635017251654314517

Pastikan anda sentiasa basuh kaki anda sekiranya kaki anda berpeluh dan pijak tempat yang kotor. Bersihkan kaki selalu dengan menggunakan sabun atau boleh rendamkan kaki dengan air suam dengan sedikit perahan lemon. Anda juga boleh menggunakan semburan anti-perspirant untuk menghalang dari pembiakan bakteria pada kaki anda. Kalau malas, boleh ke spa kaki yang berdekatan untuk membuat rawatan pedicure kalau taktahu apa tu pedicure korang boleh tanya makwe korang dan jangan lupa bawa dia sekali. Mesti dia suka! :p

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Farah di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

 

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *