Kasut Adidas Pertama Dicipta Di Ruang Cuci?

a-history-of-adidas-adi-dasslers-first-track-and-field-shoes-designboom07
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Terkejut? tetapi memang benar sama sekali yang sejarah pembuatan kasut adidas hanya bermula di ruang cuci! , Jenama Adidas merupakan gabungan nama dari founder Adidas itu sendiri yang bernama Adi (Adolf) Dassler, seorang yang berbangsa Jerman.

adi-dasslerkredit foto : fancyfrindle.com

Pada tahun 1920, Adi Dassler yang pada masa itu hanya berumur 20 tahun tanpa sumber elektrik dan mesin khas memulakan projek kecil-kecilan menghasilkan kasut sukan hanya di ruang cuci milik ibunya, visi Adi Dassler pada masa itu sangat besar iaitu mahu menghasilkan kasut sukan yang terbaik untuk atlet untuk setiap disiplin. Inilah prinsip Adi Dassler yang patut dipuji dan sehingga kini lebih 70000 paten telah didaftarkan.

Kerana tingginya kualiti kasut sukan yang dihasilkan oleh Adi Dassler, selepas 4 tahun bekerja keras dari bisnes kecil kecilan Adi Dassler menubuhkan sebuah syarikat bersama saudaranya yang bernama “Gebruder Dassler Schuhfabrik”.

Puncak kegemilangan kasut Dassler Brothers adalah ketika Jesse Owen menjadi atlit pelari pecut paling berjaya pada sukan olimpik 1936 di Berlin, memenangi 2 pingat emas acara 200m dan 4 X 100m. Gambar dibawah merupakan sebuah kasut custom made dari Founder kasut adidas untuk Jesse Owen.

a-history-of-adidas-adi-dasslers-first-track-and-field-shoes-designboom07kredit foto : www.designboom.com

Malangnya pada tahun 1948 Adi dan Rudolf berpisah dan masing-masing membuat jenama kasut sendiri. Rudolf membuat jenama PUMA manakala Adi Dassler membuat jenama ADIDAS hasil gabungan nama depan “Adi” dan nama belakang “Dassler”

banner-animation

Penggunaan logo ADIDAS pada masa itu hanyalah menggunaan ilustrasi kasut dengan nama “Adolf Dassler” diatasnya, manakala pada tahun 1972 logo adidas telah mengalami perubahan iaitu dengan menggunakan konsep “Trefoil Logo” iaitu logo dengan visual tiga daun serangkai dan trademak syarikat ADIDAS 3-stripes simbolik kepada penyatuan 3 benua di dalam sukan olimpik. Pada Tahun 1990 logo ADIDAS telah mengalami revolusi yang lebih dinamik berbentuk seperti “triangular” yang simboliknya berbentuk gunung yang sentiasa bertahan dengan segala cabaran

49111106

 

Logo Adidas masih kekal sehingga kini dan sememangnya kasut ADIDAS antara kasut yang terbaik untuk para peminat barangan sukan. Kami dar KASOOT sangat teruja dengan sejarah penjenamaan ADIDAS dan insyallah satu hari nanti akan menjadi seperti brand besar seperti ADIDAS.

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Zira di 012-9418249 untuk berbincang.

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *