Ilham Tapak Kasut Nike Tercipta Ketika Makan Waffle?

kasut-online3
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Jenama kasut Nike di pasaran antarabangsa telahpun menapak lama di zaman moden ini. Sebut sahaja Nike, semua orang sudah mengenalinya. Bermula kasut sukan hinggalah kepada pakaian dan peralatan sukan, jenama ini begitu gah di pasaran. Jikalau Jenama Adidas diasaskan oleh dua beradik, manakala Nike pula diasaskan oleh dua sahabat yang bernama Bill Bowerman dan Philips Knight pada tahun 1957 . Dua orang sahabat yang bertemu atas minat yang sama dalam perniagaan kasut sukan.

kasut online

Namun siapa sangka yang Nike bermula hanya sebagai pengedar kasut sukan Onitsuka Tiger dari Jepun! Asalnya Jenama Nike ini dikenali sebagai Blue Ribbon Sports @ BRP yang diasaskan pada tahun 1964. Perkataan Nike berasal daripada bahasa Greek (Nik-key). Logo Nike dikenali sebagai  swoosh yang dikatakan sebagai sayap dewi kemenangan Yunani @ the Goddess of Victory. Slogan nya “just do it” begitu unik sehingga dipilih sebagai top 5 slogan iklan pada abad ke 20 oleh Advertising Age . Namun tahun 1971,namanya ditukar kepada Nike sehingga ke hari ini.

kasut-online1

kredit foto :businessinsider.my

Inspirasi penghasilan Kasut Nike sangat unik! Untuk melakukan perkara besar yang luar biasa dalam hidup sudah semestinya memerlukan sumber inspirasi. Semua orang perlukannya namun hanya beberpa orang yang berjaya menemukan ilham tersebut. Kadangkala dengan hanya melihat sesuatu peristiwa , idea unik datang secara tiba-tiba. Begitulah yang terjadi kepada pengasas kasut Nike iaitu Bill Bowerman. Dia memerlukan kasut yang berkualiti untuk atlet trek larian. Dia sentiasa mencuba untuk memperbaiki kasut yang direkanya. Jika sebelum ini kasut-kasut yang dijadikan contoh adalah daripada buatan syarikat Jepun. Bill Bowerman mahukan kasut yang lebih baik dengan tapak yang mencengkam yang dicipta sendiri olehnya.

kasut-online-2kredit foto :nike.com

Tercetusnya idea tapak kasut waffle apabila Bill Bowerman  terpandangkan menu sarapan pagi yang disediakan oleh isterinta Barbara. Sarapan pagi waffle yang dhidangkan isterinya diatas meja ketika itu menjadi topik perbualan hangat dan ada diantaranya mereka memikirkan tapak kasut yang kuat mencengkam paling bagus di trek larian. Akhirnya Bill Bowerman memutuskan untuk menggunakan waffle iron keluarganya untuk mereka design tapak kasut Nike!. Tapak kaki kasut yang bercorak groove berfungsi menghasilkan cengkaman kukuh semasa melakukan larian.

kasutonline7

kredit foto:firstversions.com

Bill Bowerman sebagai jurulatih trek larian pada masa itu mencari cara bagaimana untuk menghasilakn kasut larian yang lebih pantas. Beliau ke makmalnya degan membawa pemanggang waffle isterinya untuk menguji kaji ideanya. Material tapak kaki yang digunakannya adalah daripada getah yang mudah dibentuk. Akhirnya eksperimen beliau telah berjaya mencipta tapak kasut nike pertama yang bercorak seakan waffle!. Fungsi utama kasut waffle ini adalah mapu mencengkam dengan leboh baik semasa berlari dan mampu bergerak dengan lebih pantas. Rekaan bentuk ini kemudian dipatenkan pada tahun 1974. Ianya menjadi daya tarikan apabila digunakan oleh atlet-atlet yang bertanding di US Olympic Track & Field Trials di Eugene, Oregon pada tahun 1972.

kasut-online4kredit foto : oregonlive.com

Anda tahu sesuatu?Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

SHARING IS CARING!

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat manfaat 🙂

kasut online

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Zira di 012-9418249 untuk berbincang.

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *