Dapatkan ukuran yang tepat untuk saiz kaki si kecil anda

a1b9b9c51d0d11d6b09b1b0e84d88b84
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Sesetengah ibu bapa tidak tahu bagaimana untuk mengukur kaki anak-anak sekiranya mereka ingin membelikan kasut untuk anak-anak. Terutamanya jika ingin membeli kasut dari online. Tak semestinya kasut yang cantik itu dapat memberi keselesaan pada kaki anak-anak. Ingat ya.

Admin akan share beberapa tips untuk ibu bapa yang ingin dapatkan ukuran saiz yang tepat kaki anak anda.

Cara-caranya:

Mengukur kaki menggunakan pembaris

Cara ini biasanya digunakan oleh orang dewasa tapi cara ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak. Pastikan anda mempunyai kertas kosong, pensil dan juga pita pengukur atau pembaris.

Screenshot_64

Pastikan anak anda berdiri tegak di atas kertas kemudian lakarkan kaki anak anda seperti gambar di atas. Kemudian ambil pita pengukur ukur dari hujung hari kaki sehingga ke hujung tumit.  Anda juga boleh tambahkan ¼ inci hingga ½ inci supaya anak anda lebih selesa.

 

Cara kedua ialah

 

Menggunakan ibu jari anda

Tips ini boleh digunakan sekiranya anda membeli kasut anak anda di kedai. Sewaktu anak anda mencuba kasut yang baru, anda boleh masukkan ibu jari anda ke dalam kasut anak anda. sekiranya anda rasa ada ruangan lebih di dalam kasut, anak anda akan selesa memakai kasut tersebut.

maxresdefault (4)

Cara ketiga

Pakaikan stoking

Pakaikan stoking sewaktu anak anda mencuba kasut. Seperti kaki kita juga, anak anda mesti mahu kasut yang selesa supaya dia boleh bergerak kemana sahaja tanpa merisaukan kecederaan pada kaki dan sebagainya.

Seamless_Sensitivity_Ankle_Socks-1_grande

Ini carta saiz yang boleh digunakan untuk peringkat umur anak-anak anda.

jadual_kasut1_1024x1024

Pastikan setelah mencuba semua tips di atas ini, kemudian minta anak anda untuk berjalan. Jadi bolehlah anda lihat kasut itu sesuai atau tidak dengan kaki anak anda. untuk pengetahuan semua, kanak-kanak yang berumur bawah 4 tahun tulang kakinya masih lembut. Jadi untuk mengelakkan dari berlaku kecederaan dan sebagainya pastikan anda memilih kasut yang sesuai dan juga selesa.

 

Pilihan material juga membantu dalam memberi keselesaan pada kaki anak anda. Material yang sesuai ialah material kanvas, kain ataupun kulit.

Pilih juga tapak kasut yang mempunyai bunga kerana tapak ini mempunyai cengkaman yang kebih kuat berbanding tapak kasut yang lain.

images (7)

Selamat mencuba dan pastikan anak anda selesa untuk berjalan. Buatlah pilihan yang bijak :p

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Fa di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

 

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *