Cara Yang Salah Dalam Penjagaan Kasut

378_1
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Kasut yang dijaga dengan baik mesti akan mampu bertahan lama. Tetapi pernahkah korang terfikir mungkin ada beberapa cara yang sebenarnya salah dalam proses penjagaan kasut?

255_1

Biasanya kaum lelaki tidak tahu cara yang betul untuk menjaga kasut. Betul ke? Tak kisah sama ada lelaki atau perempuan, kedua-dua mesti kena tahu cara jaga kasut yang betul supaya kasut kesayangan kita masih cantik dan elok.

Tak semua cara yang kita lakukan itu betul . Jadi admin nak kongsi beberapa cara yang sebenarnya salah dalam penjagaan kasut ini. Kalau cara kita jaga barang itu salah, mestilah barang itu tidak tahan lama.

CARA-CARA PENJAGAAN KASUT YANG SALAH

Jarang Membasuh Kasut

Sebenarnya cara ini salah. Anda harus basuh kasut anda selalu, paling tidak anda perlu lapkannya seminggu sekali. Seperti kasut kulit, anda boleh menggunakan tisu lembab untuk lap. Dan anda juga boleh jemur kasut anda untuk menghapuskan segala bakteria yang ada. Lakukan cara ini seminggu sekali.

images (12)

Tidak Menggunakan Air Dan Spray Kalis Air

Air dan spray kalis air adalah sangat berguna jika anda pergi ke tempat kerja dengan memakai kasut jenis kain. Untuk kasut yang jenis material menyerap seperti  nubuck atau suede, ia adalah satu idea yang bijak untuk dilindungi. Carilah spray air yang kecil supaya mudah untuk dibawa kemana sahaja. Sembur pada keseluruhan kasut kemudian tinggalkan semalaman. Ulang cara ini dan lihat kesannya sendiri!

crep-protect-spray-5-oz-2-pack-rain-stain-resistant-spray-clean-jordan-shoes-f17000942f8d632b7b7ad954e7bfe6d6_grande

6065-29040-10

Susun Kasut Di Atas Rak Kasut

Admin tidak kata yang cara ini salah tetapi cara yang lebih membantu kasut itu tahan lama adalah dengan menyimpan kasut di dalam kotak kasut. Biasanya kalau anda membeli kasut, anda akan dapat dengan kotak kasut sekali. Jadi simpan kotak kasut itu itu kegunaan nanti. Dan sesetengah kedai akan letakkan silica gel di dalam kotak tersebut, anda boleh menyimpan silica gel itu untuk menghalang bakteria dari membiak dalam kasut anda.

*cara yang tidak sesuai

20182_BISSA_PH578015_white_490x500

*cara yang betul

Packaging-Award_G4-750x417

Tidak Menggunakan Kasut Kayu (Shoes Tree)

Kasut kayu ini boleh dibeli di Lazada ataupun di kedai kedai kasut. Kasut kayu ini membantu mengelakkan bentuk kasut anda terutamanya kasut kulit. Kasut kayu ini juga membantu mengelakkan kasut anda daripada garisan retak. Malah bukan itu sahaja, kasut kayu ini juga membantu warna kasut anda tidak luntur dan menghalang kasut anda dari berbau.

reshoevn8r_adjustable_shoe_trees_1467566185_30a023b1

shoetree-ikea

Ingat, tak semua cara yang kita lakukan tu betul. Kadang-kadang cara yang kita guna akan lagi merosakkan kasut kita. Sayangilah kasut kita dan selamat mencuba!

kasut online

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Fa di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

 

 

 

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *