Cara Packing Untuk Jimatkan Ruang Beg Anda

header-2
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Harini admin nak share sikit cara-cara untuk korang packing supaya beg korang tidak terlalu berat dan boleh memuatkan dengan semua pakaian yang sesuai dipakai ketika bercuti!

pexels-photo-721169

Backpack ini harus dipertimbangkang kerana sesetengah orang akan travel dengan menaiki public transport. Kan susah kalau nak berjalan dengan beg yang berat. Terutama yang akan travel ke pulau. Jadi gunakan bag yang sesuai dengan tempat percutian anda.

Cara ringankan beban beg anda!

BAWA BARANG YANG DIPERLUKAN SAHAJA

pexels-photo-346764

Buatlah checklist sebelum anda memulakan upacara packing barang-barang anda ke dalam beg anda. Checklist ini amat membantu tapi anda haruslah berdisplin dengan mengikut semua checklist yang telah dibuat. Minimum kan checklist anda supaya barangan yang dibawa tidak terlalu lebih. Bawa la barangan yang boleh dipakai berulang kali. Lebih mudah 🙂

GULUNGKAN PAKAIAN ANDA

pexels-photo-581087

Tidak kisah sama ada anda membawa beg roda mahupun beg sandang, lebih mudah jika anda gulungkan pakaian nada. Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan ruangan beg anda. tidak percaya? Cuba lah dulu :p

SIMPANKAN BARANGAN CECAIR DALAM BOTOL YANG LEBIH KECIL

51n2sRtb4RL._SY355_

Shampoo, sabun badan, pencuci muka, ubat gigi, perfume, sunblock, minyak rambut dan barangan lain lagi yang berbentuk cecair lebih mudah dibawa jika kuantiti nya dikurangkan atau anda boleh letakkan di dalam botol kecil. Botol-botol kecil anda boleh beli di kedai DIY. Botol-botol kecil ini lebih mudah dibawa dan juga cukup untuk kegunaan sewaktu anda travel.

ASINGKAN BARANG

images (9)

Asingkan barangan anda mengikut jenis. Contohnya, anda mengasingkan barangan mandi, dan juga barangan elektronik. Masukkan barang-barang yang telah diasingkan tersebut ke dalam beg kecil kemudian simpan di dalam bag yang hendak dibawa.

GUNAKAN BEG PLASTIK KEDAP UDARA

images (10)

Gunakan beg plastik yang kedap udara kerana beg plastik ini lebih menjimatkan ruangan daripada beg penyimpanan yang lain. Beg kedap udara juga mampu membantu mengelakkan barang anda basah dari terkena hujan dan sebagainya.

 

SUSUN ATUR BARANG DALAM BEG GALAS

4459819_orig-457x678

Cara menyusun juga membantu anda untuk menjimatkan ruangan beg anda. Di bahagian bawah sekali anda boleh letakkan barangan yang akan digunakan pada waktu malam contohnya barangan mandi atau tuala. Di bahagian tengah pula, anda boleh letakkan barangan yang berat seperti makanan ataupun laptop atau barangan elektronik yang lain. Bahagian paling atas anda boleh letakkan barangan yang anda akan gunakan selalu seperti air, snek ringan, powerbank atau sebagainya.

Dengan cara-cara di atas ini dapat membantu anda meringankan beban beg dan juga bebanan untuk anda memikul kesana sini. Dan anda tidak perlu risau lagi tentang sakit badan. Selamat mencuba dan juga bercuti!

kasut online

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat info fesyen terkini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Fa di link ini untuk berbincang. Tak perlu save contact 🙂

 

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *