About Us

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

www.kasoot.my adalah sebuah portal kasut no 1 Malaysia , yang dimiliki oleh Encik Ahmad Azmi , yang juga merupakan founder Azmi Kasoot Enterprise (IP0458805-U). 

Portal ini disediakan khas oleh beliau atas minat yang mendalam untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi Kasoot amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

KASOOT NEW 2 300dpi

Impian kami  adalah kami mahu mencipta satu laman di mana kami boleh membantu pembaca untuk memiliki kasut yang mereka mahukan seiring dengan peredaran zaman. Bukan itu sahaja, insyallah sekiranya syarikat Kasoot sudah semakin maju , kami berhajat  ingin menghadiahkan sepasang sandal untuk golongan gelandangan yang ada di Malaysia seramai yang boleh. Itu hasrat kami, mengapa idea ini boleh timbul? baca sambungan di bawah

Siapa Ahmad Azmi?

En Azmi merupakan seorang jurutera di sebuah organisasi minyak dan gas di Malaysia,beliau juga merupakan seorang ayah dan sangat berminat dalam bidang kesihatan dan kecergasan. Atas faktor-faktor minat yang mendalam dalam bidang kesihatan dan kecergasan maka dari situ lah timbulnya minat untuk memiliki barangan sukan terutamanya kasut.

Idea untuk menubuhkan syarikat Kasoot ini datang dari ilham apabila sedang bersenam di pusat rekreasi , pada ketika itu Encik Azmi ternampak kelibat seorang gelandangan yang sedang berkaki ayam bersama seorang anak sedang meminta sedekah di kawasan pusat rekreasi di ipoh . Pada ketika itu Encik Azmi rasa sangat terkesan apabila melihat situasi itu ayah dan anaknya juga turut berkaki ayam mungkin bagi mereka sesuap nasi itu lebih penting dari sepasang selipar atau sandal. Dari situ En Azmi berhajat untuk membantu seramai yang boleh gelandangan di Malaysia untuk memiliki sepasang sandal untuk kegunaan harian, mungkin bunyinya agak pelik tetapi doakan semoga Kasoot semakin maju dan dapat membantu seramai yang mungkin golongan gelandangan.

Justeru, kami dari pasukan KASOOT ingin memastikan kami dapat menyampaikan mesej kami kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kasut yang dididamkan dan dalam masa yang sama berkongsi rezeki bersama ramai golongan gelandangan di luar sana.

-KASOOT MEDIA TEAM-