6 Punca Kasut Anda Berbau!

kasut-online_
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Eyiuwww , hari ini KASOOT sebuah portal kasut online ingin membicarakan masalah yang sering berlaku di kalangan kita semua. Ramai orang tentu tidak selesa dan tidak suka dengan kasut yang berbau. Keadaan yang kurang senang ini membuatkan anda hilang keyakinan untuk bergaul dengan orang ramai. Bau yang super menyengat ini mungkin akan membuatkan rakan-rakan anda menjauhkan diri daripada anda. Kalau girlfriend/boyfriend boleh clash dibuatnya! 😛 Jadi jangan biarkan sikap malas anda membiarkan kasut anda yang kotor itu girlfriend/boyfriend anda meninggalkan anda!

kasut online

Beli lah kasut online cantik macam mana pun tapi kalau busuk haru dibuatnya. Tahukah anda , memakai kasut lebih dari empat jam akan menyebabkan bakteria membiak pantas? Tambahan lagi bakteria memang feveret sangat dengan tempat yang panas, lembap, dan gelap, kesemua 3 feveret bakteria ini ada dalam kasut. Jangan risau , disini kami akan berkongsi 7 sebab utama yang menyebabkan kasut berbau supaya kita boleh elakkan perkara ini daripada terjadi kepada diri anda. Sekiranya membeli kasut online pastikan anda juga memastikan perkara ini dielakkan!

1.Kadar Perpeluhan Tinggi @ Hyperhidrosis

Ok ini masalah yang agak common dialami sesetangah orang, kasut berbau di sebabkan kaki yang berbau . Ramai pembeli kasut online tidak tahu mengenai perkara ini .Tahukah anda bahawa kaki mengeluarkan peluh paling kerap jika dibandingkan anggota badan lain? bukan ketiak ye tapi kaki! Ini untuk menjaga kelembapan pada kaki tidak kira sama ada musim sejuk atau panas. Ada antara mereka yang mengeluarkan peluh normal dan tak kurang hebatnya juga bagi mereka yang mengeluarkan peluh lebih banyak daripada biasa yang dipanggil hyperhidrosis.

kasut-online2

kredit foto:webmd.com

Hyperhidrosis merupakan mereka yang mengeluarkan peluh 2 kali ganda berbanding individu normal . Ini adalah masalah kesihatan bagi sesetengah individu.

Walaubagaimanapun, mereka yang mengalmai masalah ini yang pandai menjaga kebersihan kaki sudah pasti dapat mengelakkan masalah bau kaki daripada terjadi. Perkara ini dapat dielakkan dengan menggunakan stokin jenis cotton yang mampu menyerap peluh dan pakailah kasut yang ada ruang udara yang cukup untuk memudahkan tapak kaki mendapatkan ventilation yang cukup. Mungkin anda ada masalah untuk mengenal pasti kasut mana yang sesuai untuk anda sekiranya membeli kasut online, jangan risau kami di KASOOT sedia memberikan konsultasi percuma. Klik aje bawah ini .

kasut online

2.Memakai Kasut Sempit

Haaaa ini yang penting kalau beli kasut online ni, kami di KASOOT mempunyai polisi yang boleh return balik kasut kalau size ketat. Kalau anda tersalah beli saiz kasut terutama sekali kasut onlinecuba pulangkan balik ke seller tersebut dan tukar dengan kasut yang sama saiz dengan kaki anda. Kalau anda paksa juga kaki anda memakai kasut yang tidak muat ini faham-fahamlah akibat yang bakal anda terima. Kaki anda akan melecet dan palng menyakitkan hati kasut anda mula mengeluarkan bau yang kurang enak. Jangan terkejut sekiranya se dia disebelah anda tercium bau kasut anda

kasut-online3

kredit foto :kelleysbreakroomblog.com

Kasut sempit mengakibatkan pengudaraan yang kurang baik di tapak kaki anda. Tapak kaki akan berasa panas, gatal dan ditambaha pula dengan kadar perpeluhan yang tinggi, Bakteria mula menjadi lebih aktif dan mengeluarkan sejenis bahan kumuh, bahan kumuh inilah yang akan mengeluarkan bau busuk pada kaki.

Jadi, elakkanlah daripada memakai kasut yang sempit, pakailah kasut yang ada sistem udara yang selesa agar anda rasa nyaman memakai kasut dan kaki pun tidak berbau dengan pemakaian kasut yang betul. Bagi menambahkan keselesaan kasut pakailah stokin yang mampu menyerap peluh dan membantu persekitaran kaki dengan lebih baik. Sekiranya anda ada masalah untuk dapatkan size kasut terbaik boleh contact kami di KASOOT portal kasut online no 1 malaysia 🙂

kasut online

3.Kurang Menjaga Kebersihan Kasut

Kasut yang kotor dan basah akan menjemput bau yang kurang enak akibat daripada peluh kaki yang masih melekat di kasut anda. Perkara ini sekiranya debiarkan dan tidak dicuci , bakteria akan cepat merebak. Kasut yang penuh dengan lumpur dan kotoran akibat aktiviti luar memudahkan bakteria membiak dengan laju. Jika anda jenis yang suka memakai kasut berhari-hari tanpa menukar kasut, maka semestinya kasut anda akan menjadi sarang bakteria. Rajin-rajinlah anda mencuci kasut menggunakan detergan untuk membunuh bakteria tadi.

Tetapi! perlu diingat yang bukan semua kasut boleh dicuci dengan air, ada juga yang boleh dilap dengan kain dan dikeringkan dengan cahaya sinar matahari yang tidak direct. Sekiranya anda ragu-ragu untuk dapatkan teknik penjagaan kasut yang terbaik boleh hubungi kami di KASOOT , klik sini kasut online, dan hubungi nombor yang tertera disitu.

kasut-online4

kredit foto:shoeswear.com

4.Memakai Kasut Semasa Kaki Masih Basah

Pernahkah anda kelam kabut semasa hendak keluar rumah? Dan mungkin ada beberapa ketika kaki anda masih belum sempurna tahap kekeringannya? Anda rushing dan terus menyarung kasut tanpa memikirkan akibat buruk dari tabiat anda? Kaki yang masih basah merupakan ejen yang mempercepatkan pembiakan bakteria dan peluh sehingga terhasilnya bau busuk di kaki anda . Perlu diingat tempat lembap inilah menjadi favourite bakteria.

kasut-online5

Pastikan anda membersihkan kaki termasuk jari-jari kaki dengan sabun agar tahap pembiakan bakteria itu kurang aktif, selepas itu bolehlah lap kaki anda dengan tuala sampai kering, barulah anda senang hati melangkah keluar dengan kaki dan kasut yang bersih. Jangan excited sangat kalau dah beli kasut online terus sarung lepas mandi ea 🙂

5.Memakai Kasut Tertutup @ Boot

Bagi anda yang suka memakai kasut tetutup, dan kasut boot, sudah tentu sistem ventilasi agak terhad di dalam kasut tersebut. Ruang udara tidak dapat menembusi kasut anda dan ini adalah punca kasut anda boleh berbau kurang menyenangkan. Terlalu lama memakai kasut jenis ini juga menjadi punca kasut anda berbau, berbagai-bagai jenis kasut jenis boot yang boleh dibeli di kasut online sekarang memang menarik!

kasut-online6

6.Tidak Menggantikan Stokin Dengan Kerap

Mungkin ada diantara kita yang tidak memberikan perhatian terhadap pemakaian stokin setiap kali keluar rumah, Kadar penukaran stokin juga merupakan antara faktor yang menyebabkan kasut berbau! Sepeti kasut, stokin juga perlu ditukar kerana bakteria lahir dari kawasan yang lembap ini. Peluh pula akan diserap oleh stokin tersebut, jadi sekiranya stokin sudah berhari-hari dipakai bakteria akan semakin bertambah saban hari.

kasut-online7

Rule of thumb hanya pakai stokin sekali sehari sahaja dan perlulah ditukar.

Stokin yang sesuai untuk mereka yang kerap berpeluh , kami cadangkan untuk membeli stokin jenis cotton dan anti peluh. Biarlah mahal sedikit agar kaki anda rasa berbaloi memilikinya. Rata-rata kedai kasut online belum lagi menjual package kasut beserta stokin, tetapi kami rasa berbesar hati memberi privilege kepada pelanggan dengan setiap pembelian kasut dapat free gift stokin 🙂

kasut online

Anda tahu sesuatu?Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

SHARING IS CARING!

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat manfaat 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Zira di 012-9418249 untuk berbincang.

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *