4 Waktu Paling Sesuai Untuk Beli Kasut

kasut-online
Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

Ramai orang lebih tertarik kepada jenama berbanding keselesaan semasa membeli kasut, terutama sekali shopping kasut online. Kurang pengetahuan dalam memilih kasut idaman hati menyebabkan ramai diantara mereka tersalah pilih kasut. Terpedaya dengan kasut yang nampak hot di kedai mungkin jadi tak selesa ketika sudah sampai di rumah, mula lah rasa menyesal dengan diri sendiri sampai kasut pun dihumbannya! Tak salah untuk membeli kasut hot berjenama terkini, tetapi  kadangkala kita sendiri tidak faham dengan kasut jenis apa yang sesuai dengan kaki kita. Apa kata kali ini KASOOT portal kasut online ingin mengajak pembaca untuk sama-sama berkongsi 4 idea untuk dapatkan waktu terbaik untuk membeli kasut.

kasut online

1. Masa Hujung Minggu & Public Holiday

Masa cuti atau hujung minggu merupakan hari yang digunakan untuk shopping di pusat membeli belah. Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk anda memilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda. Masa yang banyak memudahkan anda rasa selesa memilih kasut dan juga jangan lupa anda perlukan pekerja kedai kasut untuk membantu anda memilih saiz kasut yang sesuai untuk anda. Sebagai contoh sekiranya anda memerlukan kasut untuk jogging , anda boleh pilih kasut jenis  “running shoes” . Perlu diingatkan yang anda sepatutnya menggunakan masa terluang ketika hari bercuti untuk mencari kasut yang paling bersesuaian dengan saiz kaki anda, kerana apa? kerana waktu cuti memberikan masa yang lebih untuk anda membeli belah, so tak rushing sangat.

kasut-online

Sesetengah tempat menyediakan mesin mengukur kaki, mesin ini dapat membantu anda mengenal pasti jenis kaki dan membantu sales assistant menentukan kasut yang sesuai dengan kaki anda. Saiz lebar kaki juga di ambil kira semasa memilih kasut.

kasut online

2. Musim Perayaan

Sudah tentu ramai orang berpusu- pusu membeli belah pada musim perayaan. Kasut antara item terpenting selain baju dan aksesori lain, promosi musim perayaan tak kurang hebatnya dii mana-mana pusat membeli belah. Musim Perayaan , sudah tentulah sneakers,loafers, dan casual shoes menjadi pilihan mereka tetapi perlu diingatkan agar anda tidak rambang mata memilih kasut dengan potongan harga 50%-70% kerana dikhuatiri kasut ini tidak tahan lama dan kurang berkualiti,

kasut-online

Kemungkinan kasut ini adalah dari stok lama dan kualitinya tidak sama seperti mula dikeluarkan dahulu tetapi ada juga kualiti yang terbaik!. Jadi berhai-hati semasa memilih kasut . Kualiti didahulukan, keselesaan diutamakan.

3. Beli Kasut Di Waktu Petang/Malam

Waktu paling sesuai membeli kasut adalah pada waktu petang kerana pada masa ini saiz kaki sedikit membesar. Urat kaki dan otot membesar menjadi lebih aktif, tidak digallakkan sebenarnya membeli di waktu pagi kerana ukuran kaki bersaiz lebih kecil pada masa tersebut, perkara ini nampak sahaja remeh tapi penting beb! takut dah try kat kedai pada waktu pagi nampak cun tapi waktu petang sempit pula. Penat-penat shopping , baru nak tayang dekat member-member , bukan semua kedai boleh buat refund balik kan.

kasut-online

Kajian juga ada menyebut yang kedua-dua belah kaki saiznya tidak sama, hasil kajian menyimpulkan yang kaki sebelah kanan lebih besar sedikit berbanding belah kiri. Jadi tidak hairanlah, kebanyakan re-seller mempamerkan kasut sebelah kanan sahaja untuk memudahkan pelanggan mencuba kasut yang ingin dimiliki

Faham ke faham? anda terfikir untuk membeli kasut sukan? kami amat syorkan anda membeli pada waktu petang dan sekiranya anda membeli secara online pastikan anda mengukur kaki anda pada waktu petang. Kebiasaanya selepas melakukan aktiviti harian, kaki akan sedikit mengembang ini kerana pergerakan darah menjadi lebih lancar. Saiz kaki dikatakan berbeza mengikut usia, usia yang sudah lanjut berkemungkinan menjadi lebih besar. Sesetengah pakar ada mengatakan yang waktu yang paling ideal membeli adalah pada waktu malam, pada masa inilah saiz kaki mengembang dan berada pada ukuran yang paling ideal.

Pada masa ini jugalah kita boleh mengukur berapa panjang kaki dan seterusnya bolehlah menentukan berapa saiz sebenar kaki kita. Namun, kesesuaian membeli kasut juga dilihat pada jenis kasut yang hendak dipakai!, kami syorkan untuk membeli kasut sukan eloklah dibeli pada waktu petang.

kasut online

4. Beli Semasa Cukup Duit

Bunyinya memang agak cliche Sesetengah shoppers sanggup mengumpul duit untuk membeli kasut yang diminati. Its not about money , its all about your desire . Biarlah lama mana mengumpul , asalkan hati puas jangan sampai mencuri plak ea 😛 admin tau pembaca semua baik-baik semuanya .

kasut-online

Jangan sesekali rushing nak beli kasut, pastikan sesuai dengan ukuran kaki dan paling penting minat dan puas hati, jika kena dengan harga apa salahnya ambil sepasang, nanti melepas admin juga yang kene pujuk 🙂 Bukan senang eaa kita hendak jumpa kasut yang betul-betul kita minat. Kadangkala pusing satu bangunan pun belum tentu kita jumpa yang berkenan di hati.

BOLEH TOLONG SHARE?

Kami pasti artikel ini sangat bermanfaat untuk anda dan juga ramai kawan-kawan lain di luar sana.

Harap anda boleh tolong Share artikel ini supaya lebih ramai yang dapat belajar ilmu yang bermanfaat ini 🙂

[PENGUMUMAN] Sedang mencari kasut sukan/sneakers/sandal yang berkualiti , up to date dan harga mampu milik? Jom kami KASOOT portal kasut online pertama di Malaysia bantu anda! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau whatsapp Cik Zira di 012-9418249 untuk berbincang.

 

 

 

Share Artikel Ini !
Share on FacebookShare on TumblrShare on Google+Tweet about this on Twitter

by kasoot

Portal ini disediakan khas untuk menyebarkan sebarang informasi yang berkaitan dengan jenama-jenama kasut yang popular di dunia dan juga untuk berkongsi sebarang tips yang berguna mengenai kasut. Misi KASOOT amat mudah, sesuai dengan slogan syarikat ini “Fit Your Feet” ianya bertujuan membantu seramai mungkin rakyat Malaysia memliki kasut,sneakers, dan kasut sukan dengan harga yang mampu milik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *